Siakap Keli

“Masa Syok Kapel, Takyah Gelabah Nak Post Banyak Sangat Gambar” – PU Azman

Tipulah kalau tak sakit hati bila putus cinta. Ada yang menangis sampai boleh tadah air mata dalam baldi, nak tnjuk betapa sayang dan kasih kepada kekasih mereka. Korang pernah lalui tak semua ni?

Ada masanya akan rasa kosong, kecewa dan perasaan ‘give up’ mesti akan terselit juga. Oleh itu korang mesti dengar nasihat ‘deep’ dari seorang pencetus ummah yang cukup dikenali di siaran televisyen malah di media sosial. Ya, PU Azman atau lebih dekat dengan Cik Man.

“Esok-esok kalau break up, tak yah letih-letih delete.”

Masa syok kapel, takyah gelabah nak post banyak sangat gambar dengan pasangan. Lek lek sudah. Esok-esok kalau break up, tak yah letih-letih delete.

Akhir sekali korang kena ingat, perpisahan dengan orang tersayang terutamanya ibu dan bapa adalah kesakitan yang tiada ubat. Apalah sangat kalau berpisan dengan kekasih, bak kata pepatah bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Cinta yang lalu dapat dicari ganti.

 

Sumber: PUAzman

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang