Siakap Keli
FOTO: TWITTER NAZZZZ

“Dalam Gak Ah Cengkaman Dia,” Suami Ini Pesan Potong Kuku Isteri Sebelum Masuk ‘Labour Room’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pengalaman yang paling indah untuk para suami adalah apabila mereka bakal bertemu dengan cahaya mata yang dinanti-nantikan selama 9 bulan dalam kandungan isteri tercinta.

Benar, kehadiran buah hati kecil ini cukup menyempurnakan sesebuah keluarga. Setiap pasangan pasti ada pengalaman yang berbeza dan mencuit hati kan?

Seperti Nazri menerusi laman Twitternya berkongsi pewngalaman pertama menyambut kehadiran putera sulongnya mencuit hati ramai orang. Mana taknya, dia berkongsi beberapa keping foto tangannya luka akibat digengam oleh isterinya semasa bertarung nyawa untuk anak mereka.

Dalam masa yang sama, lelaki ini sempat memberi nasihat kepada bakal ayah di luar sana agar memotong kuku isteri masing-masing sebelum mereka di bawa masuk ke wad bersalin jika tidak mahu nasib yang sama terjadi pada dirinya.

Antara sebab kau kena potong kuku wife kau dulu sebelum masuk labour room. Dalam gak ah cengkaman dia.  Alhamdulillah wife aku dah selamat bersalin guys! It’s a BOY!!!

Apa lah sangat nak dibandingkan dengan sakit yang wife aku rasa. Nanti aku rajin, aku share pengalaman aku bersalin. Aku tengok sendiri wife aku dalam labour room 24 jam contraction. Tak tido weh tengok dia. Dia pun tak leh tidur.

Aku yang dok sebelah pun menangis tak sanggup tengok wife aku macam tu. Tak boleh tengok dia rasa sakit sorang-sorang Sampai aku pun ikut teran sekali.

This is first pregnancy. Wife aku rasa semua.

1. INDUCE MASUK PILL DEKAT VAGINA (untuk cepatkan bersalin)

2. EPIDURAL (untuk tahan sakit contraction)

3. CUBAAN BERSALIN NORMAL (semua normal, bukaan dah cukup 10cm, baby kt bawah)

4. ENDING DIA KENA CZER

Ini gambar mak mertua aku amek dari luar. Aku tolak wife aku masuk OT untuk pembedahan. Tuhan je tahu, macam mana aku tahan air mata ni dari keluar macam air paip.

Takut weh. Serious! Doa macam-macam habis baca dah. Aku tahan sebab tak nak wife aku panic. Aku kuatkan semangat supaya dia kuat.

Rata-rata pengikutnya di laman Twitter terhibur dan jadikan pengalaman mereka ini sebagai satu teladan dan pengajaran kepada bakal ibu dan bapa nanti.

 

Sumber: NazriH

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang