Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Hampir Separuh Daripada Penghuni, Lebih 500 Banduan Di Penjara AS Didapati Positif COVID-19

LOS ANGELES, 6 Ogos (Bernama) — Lebih 500 banduan – hampir separuh daripada penghuni  – sebuah penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS) diuji positif COVID-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai penjara.

Menurut Jabatan Pemulihan Arizona, 517 banduan di penjara ASPC-Tucson Whetstone dijangkiti virus itu, mereka kini sedang menerima rawatan dan diasingkan di tempat lain.

“Mereka tidak akan dibenarkan kembali ke penjara sehingga benar-benar disahkan sembuh,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Jumlah kes COVID-19 di AS melebihi 4.8 juta iaitu 4,802,275 pada Rabu, menurut Johns Hopkins University.

Daripada jumlah kes jangkitan di Arizona, tujuh kematian dilaporkan di penjara di negara itu.

— BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa