Kehilangan insan tersayang seperti pasangan perit untuk diterima apatah lagi jika ianya berlaku sekelip mata. Namun siapalah kita sebagai manusia untuk menolak takdir dan ketetapan Tuhan.
Seperti kejadian yang menimpa seorang pengantin baru yang maut bersama rakannya apabila kereta yang dinaiki oleh mereka bersama dua lagi rakan sekerja, terbabas sebelum terjunam ke gaung di Tawau pagi kelmarin.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika keempat-empat guru tersebut yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Umas dalam perjalanan dari Jalan Merotai menuju ke sekolah.
Lebih menyentuh hati, salah seorang mangsa yang maut di tempat kejadian iaitu Dayana Damsah yang berusia 27 tahun, dikatakan baru sahaja bergelar isteri 10 hari lalu.
Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya.
Berita keluarga.. Sahabat kami, yang baru sahaja kahwin 10 hari lepas, Allahyarhamah Puan Dayana Damsah telah meninggal dunia pagi ini kerana terlibat dengan kemalangan.
Puan Dayana adalah salah seorang Aktivis Dewan Muslimat Pas Kawasan Kalabakan, Sabah.
Dalam perjuangan Pn Dayana telah menabur jasa khususnya dalam bidang multimedia dakwah.
Saya mewakili Sahabat-sahabat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang ditinggalkannya, khususnya En. Nurhan Ayub sebagai suami yang baik. Moga Allah beri kesabaran dan kekuatan iman.
Moga Allah permudahkan segala urusan arwah di alam Barzakh dan menjadi golongan syuhada..
Ust Roslan Ramli,
Ketua Urusan Ulamak.
Sumber: Roslan Bin Ramli