Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gambar: Bernama

Isteri Guan Eng, Betty Chew Akan Didakwa Pada Selasa

Sha Rossa

George Town: Isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal hari ini untuk membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 11 Ogos.

Chew yang hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada 10.45 pagi, ditemani peguam Lee Khai dan adik iparnya, Lim Hui Ying.

Lee berkata beliau mengiringi anak guamnya ke SPRM pagi tadi untuk merekodkan kenyataan untuk membantu siasatan SPRM mengenai penglibatan beliau dengan sebuah syarikat swasta, Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

“Siasatan ini berkaitan perunding perundangan yang beliau tawarkan kepada syarikat dan ia disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Dia akan didakwa pada Selasa pagi di Mahkamah Butterworth,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Beliau berkata Hui Ying tidak terlibat dalam kes itu dan kehadirannya di situ adalah sebagai penjamin. Chew diikat jamin RM50,000.

Bagaimanapun, Lee menafikan siasatan ke atas Chew ada kaitan dengan projek kontroversi terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

“Tidak… tiada kaitan dengan projek terowong dasar laut,” katanya.

Selepas lebih lima jam, Chew dilihat meninggalkan pejabat SPRM Pulau Pinang pada 4.30 petang diiringi Hui Ying dan Lee.

Terdahulu, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

— BERNAMA