Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa terdapat 9 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan 13 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (9 Ogos 2020).
Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,784 kes secara keseluruhannya.
Terkini #COVID19Malaysia 9 Ogos
Kes sembuh= 9
Jumlah kes sembuh= 8,784
Kes positif= 13
(kes import=9, kes tempatan=4)
Jumlah positif= 9,083
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 125
Kes dirawat di ICU= 1
Bantuan Alat Pernafasan= 0 pic.twitter.com/G63olc22et— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 9, 2020
13 kes baharu yang dilaporkan pula menjadikan jumlah kes keseluruhan bertambah kepada 9,083 kes. Sementara itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang masih dirawat adalah sebanyak 174 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Menerusi maklumat tersebut juga, daripada 13 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, terdapat 9 kes import dan 4 kes tempatan.
Daripada jumlah kes aktif yang dilaporkan, terdapat 1 kes yang dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Walau bagaimanapun, tiada kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan pada hari ini.
KKM juga turut memaklumkan bahawa, tiada kematian baharu yang berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian yang dilaporkan Malaysia kekal dengan 125 kes atau 1.38% secara keseluruhannya.
Sumber: KKM