Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Dr Amalina Che Bakri. Pernah meraih perhatian negara dengan keputusan cemerlang 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, beliau sering menjadi rujukan rakyat Malaysia apabila timbulnya isu kesihatan
Biarpun berada jauh di perantauan, beliau sering berkongsi ilmu kesihatan kepada masyarakat melalui medan sosial miliknya.
Malah, beliau juga sering mendapat sanjungan ramai warga tempatan antaranya selepas menyertai pasukan penyelidik vaksin COVID-19 di United Kingdom.
Beliau juga turut mendapat perhatian orang ramai selepas tampil menghulurkan bantuan untuk memudahkan pembedahan si cilik kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul yang membuat pembedahan di negara berkenaan.
Terbaru, beliau telah mengumumkan rancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hatinya yang merupakan warga UK.
Berita ini pastinya menggembirakan pengikut setia beliau yang menzahirkan keterujaan mereka melihat doktor kesayangan akhirnya bakal mendirikan rumah tangga.
💍 😃
Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) 🥳😍🤵🏻👰🏻 #Engaged pic.twitter.com/IEudmAgpQo
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) August 10, 2020
Rata-rata pengikut beliau mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua mereka.
Teruja doktor kegemaran bakal berkahwin
Tahniah doktor!
Moga bahagia hingga ke anak cucu
Tak sabar nak tengok baby nanti
Sumber: Dr Amalina