Siakap Keli

KKM Sedang Teliti Penggunaan ‘Face Shield’ Sebagai Alternatif Kepada Pelitup Muka Pakai Buang Kepada Pelajar Sekolah – Ismail Sabri

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini telah mengeluarkan senarai pemakaian pelitup muka di beberapa tempat termasuk, masjid dan surau; rumah ibadat bukan Islam; majlis sosial; pengangkutan awam; zoo; bas serta van sekolah; lokasi sukan dan rekreasi (ketika tidak melakukan aktiviti) dan premis kesihatan iaitu klinik dan hospital.

Susulan pelaksanaan ini, kerajaan bercadang untuk menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit.

Dalam sidang media hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa beberapa cadangan telah dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengurangkan beban dengan membuat kajian ke atas penggunaan ‘Face Shield’ sama ada ia boleh dicuci dan dipakai semula untuk para pelajar.

“Kita juga mencadangkan supaya face shield boleh digunakan. Sebab ia beli sekali tak perlu tukar hari-hari. Harga difahamkan tak mahal, dan hari-hari boleh cuci dan pakai 2-3 bulan dengan cucian kerap.”

“Jadi, inilah yang akan ditelitikan oleh KKM, InshaAllah bila sudah diluluskan, kerajaan akan mengumumkan kepada semua. Mungkin ini boleh diwajibkan jika mahu.”

 

Sumber: Sidang media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang