Siakap Keli

RUU 355: Saya Berharap, Insya-Allah Ianya Dapat Direalisasikan Sebelum Saya Mati- Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kemas kini di laman facebook sebentar tadi berharap Rang Undang-Undang (RUU) 355 dapat direalisasikan suatu masa nanti.

”Saya berharap, insya-Allah ianya dapat direalisasikan sebelum saya mati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja dalam sidang Parlimen di Dewan Rakyat hari ini.

Perkongsian beliau itu turut mendapat sambutan dari pengikut-pengikut di laman facebooknya yang rata-rata turut menyokong hasrat tersebut.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telahpun mendapat lebih 11 ribu like dan dikongsi lebih 1,700 kali dalam masa sejam.

"Saya berharap insya-Allah, ianya dapat direalisasikan sebelum saya mati…”

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Monday, August 10, 2020

Sumber: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.