Siakap Keli

Gelombang Haba: Tiga Negeri Meliputi Lima Buah Daerah Dalam Status Berjaga-Jaga

Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dilaporkan berada pada tahap satu dengan suhu mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) setakat jam 9.40 pagi hari ini, tiga buah negeri meliputi lima daerah berada pada tahap 1 iaitu berjaga-jaga.

Kawasan yang disenaraikan iaitu Perak, Batang padang; Pahang, Temerloh dan Pekan; Negeri Sembilan iaitu di Jempol dan Port Dickson.

Gelombang haba ini dijangka berterusan sehingga tiga hari berturut-turut.

Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula juga mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.

Sumber: Met Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Nur Farra