BEIRUT – Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab meletak jawatan kurang dari seminggu selepas tragedi letupan di Beirut berlaku, lapor pemberita Al Hadath hari ini, memetik kenyataan Menteri Kesihatan.
Hassan difahamkan akan mengumumkan peletakan jawatan tersebut, kata kenyataan menteri tersebut pada Ruters.
“Seluruh kerajaan akan letak jawatan,” katanya menerusi laporan Al-Arabiya.
Hassan turut dilaporkan akan menuju ke istana presiden untuk menyerahkan peletakan jawatan itu atas nama semua menteri, tambah menteri tersebut.
Mengimbas kembali, sekurang-kurangnya 158 nyawa terkorban sementara lebih 6,000 dilaporkan cedera dalam tragedi letupan di Beirut baru-baru ini yang berpunca daripada kebakaran di sebuah gudang ammonium nitrat.
Sumber: Al-Arabiya