Siakap Keli
Gambar Via Google

Terkesan COVID-19 Dan Bimbang Alami Kemurungan, Ini Cara Uji Tahap Stres Secara ‘Online’

Tidak boleh dipandang enteng, masalah kesihatan mental kini bagaikan menjadi ‘pembunuh senyap’ bagi sesetengah individu sehingga memusnahkan kesejahteraan hidup mereka.

Tekanan, kemurungan, anxiety dan pelbagai lagi masalah kesihatan mental yang lain berpunca daripada pelbagai masalah kehidupan yang sukar untuk dikawal.

Seperti yang diketahui, Malaysia pada ketika ini masih lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memperlihatkan pelbagai sektor termasuk sektor ekonomi dibuka semula seperti sedia kala.

Pun begitu, ramai juga yang terpaksa menelan hakikat bahawa mereka terpaksa kehilangan pekerjaan disebabkan oleh faktor ekonomi yang merudum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga PKPP.

Tidak semua orang boleh menghadapinya dengan baik dan mungkin akan menyebabkan berlakunya tekanan serta kemurungan.

Bagi anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh menggunakan Aplikasi Saringan Minda Sihat (eMINDA) yang telah dicipta oleh KKM untuk mengukur tahap kemurungan (Depression), tahap kebimbangan (Anxiety) dan tahap tekanan (Stress).

Manakala, aplikasi Saringan Minda Sihat Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini juga boleh digunakan oleh orang awam untuk mengukur tahap kesihatan mental.

 

Jika keputusannya membimbangkan, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang kesihatan mental untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa