Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 11 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 3 Kes Tempatan Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 8 pesakit Covid-19 yang telah discaj dan 11 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (12 Ogos 2020).

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,817 kes secara keseluruhannya.

Menerusi maklumat tersebut juga, daripada 13 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, terdapat 9 kes import dan 4 kes tempatan.

11 kes baharu yang dilaporkan pula menjadikan jumlah kes keseluruhan bertambah kepada 9,114 kes. Sementara itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang masih dirawat adalah sebanyak 173 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menerusi maklumat tersebut juga, daripada 11 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, terdapat 8 kes import dan 3 kes tempatan.

Daripada jumlah kes aktif yang dilaporkan, terdapat 2 kes yang dilaporkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Walau bagaimanapun, tiada kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan pada hari ini.

KKM juga turut melaporkan bahawa, tiada kematian baharu yang berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian yang dilaporkan Malaysia kekal dengan 125 kes atau 1.37% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa