Siakap Keli

(Video) Ditonton Hampir Sejuta Kali, Aksi Lucu Kura-Kura ‘Tunggang’ Ikan Buat Netizen Terhibur

Gelagat seekor kura-kura yang cuba ‘menunggang’ seekor ikan di dalam sebuah akuarium, ternyata menghiburkan hati ramai apabila ditonton hampir sejuta kali oleh warganet, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter, ikan tersebut dilihat sedang berehat sebelum dihampiri oleh kura-kura yang secara tiba-tiba memanjat di bahagian belakang badannya.

Seakan rimas dengan keadaan tersebut, ikan tersebut yang bertindak berenang ke bawah permukaan air dilihat cuba melepaskan cengkaman haiwan berkenaan dengan melibaskan badannya berulang kali.

Namun, apa yang menggelikan hati, kura-kura tersebut bukan sahaja tidak ‘memperdulikan’ ikan itu, tetapi dilihat mencengkam badan ikan dengan lebih erat seperti sedang dibawa ‘bersiar-siar’ di dalam air oleh si ikan.

Rakaman tersebut menarik perhatian warganet dengan rata-rata membanjiri ruangan komen mengakui terhibur dengan aksi berkenaan.

Ada yang menyifatkan, mungkin perbuatan tersebut merupakan ‘impian’ kura-kura selama ini untuk bergerak dengan laju. Lucu!

Naik tu jangan la sampai tutup mata member..

Kalau ye nak tumpang ikan tu, pakailah seatbelt

Mungkin impian kura-kura nak merasa laju

Sumber: Twitter @theghrack

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.