Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

“Patut La Baby Tu Selalu Meraung,” Doktor Ini Kongsi Kesan Debu Asap Rokok Pada Bayi Hingga Boleh Alami ‘Infantile Colic’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi ibu-ibu yang telah mempunyai anak, pastinya mengetahui mengenai ‘ragam’ anak mereka semasa bayi.

Tidak lengkap rasanya hari-hari tanpa mendengar riuh rendah tangisan yang terkadang membuatkan ibu bapa risau tanpa mengetahui apa puncanya atau dipanggil sebagai ‘infantile colic‘.

Melalui kiriman yang dimuatnaik oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari di Facebook, beliau berkongsi mengenai punca tangisan bayi yang mungkin disebabkan kerana terdedah dengan asap rokok. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Kerap sangat terdedah kat asap rokok, patutlah baby tu selalu meraung sakit je.

Tiap kali berlaku episod ‘infantile colic’ macam tu, kita yang tengok pun jadi susah hati. Apatah lagi mak ayah yang mengalaminya hari-hari. Memang stress!

Budak tu menangis berterusan sampaikan merah padam mukanya seolah-olah menahan kesakitan yang tak terperi.

Kedua-dua belah tangan halus tu pulak tergenggam rapat dan lutut asyik bergerak-gerak ke arah perut.

Pujuklah macam mana pun tetap si comel tu menangis tak berhenti.

Tapi itulah. Dalam banyak-banyak faktor yang boleh buatkan baby terkena colic ni, ada antaranya disebabkan kecuaian parents sendiri yang biarkan si comel tu terdedah kat racun dan debu asap rokok.

Kalau ikutkan review yang dilakukan oleh Profesor Edmond Shenassa dari Brown Medical School dan Profesor Mary-Jean Brown dari Harvard School of Public Health, kajian mereka menemui yang asap rokok sebenarnya antara punca menyebabkan baby duk menangis keterlaluan (excessive crying).

Dan selalunya yang menjadi mangsa ialah bayi yang ibunya sendiri merokok masa tengah pregnant dan juga bayi yang asyik terhidu bau asap rokok daripada orang sekelilingnya.

Bayangkanlah betapa menderitanya si kecil tu.

Asap rokok tu akan buatkan kandungan Motilin dalam badan naik mendadak, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan pergerakan usus lalu mengakibatkan bayi terpaksa menahan kesakitan.

Sebab tu kalau si kecil kita tu kerap sangat duk menangis keterlaluan, cubalah periksa jugak orang kat keliling kita ni.

Entah-entah selama ni kita mati-mati duk ingat budak tu kembung perut, rupa-rupanya bayi kita tu sebenarnya dah jadi mangsa kepada kesan buruk asap rokok macam yang saya ceritakan ni.

Tolong #kongsikan info ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Sedih sangat kalau ada baby terpaksa menanggung sakit sebab parents dia tak tahu tentang ilmu ni.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa