Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Mungkin ‘Berminat’ Baju Warna Terang, Lembu Mengamuk Serang Dan Cuba Pijak Kanak-Kanak

Seekor lembu liar secara tiba-tiba mengamuk dan menyerang dua orang kanak-kanak di India yang sedang melalui sebuah jalan yang terletak di daerah Rewari di Haryana bersama abangnya, lapor Daily Mail.

Kamera CCTV yang terdapat di jalan tersebut berjaya merakamkan detik-detik kedua beradik itu diserang dengan lembu berkenaan pada 6 Ogos lalu.

Ketika mereka hendak melalui jalan itu, salah seorang daripada beradik itu tiba-tiba menjadi takut dengan keberadaan 4 ekor lembu yang terdapat pada jalan berkenaan. Pada ketika itulah, salah seekor lembu itu bertindak menyerangnya.

Sejurus selepas lembu itu menerpa ke arah mereka tanpa disedari, lembu tersebut kemudiannya telah bertindak menyondolnya serta memijaknya sambil abang kepada kanak-kanak itu cuba menyepak lembu berkenaan sebagai tindak balas untuk melindungi adiknya. Pun begitu, abangnya itu turut disondol lalu terjatuh.

Secara tiba-tiba, lembu lain juga turut menyerang kanak-kanak yang sedang terbaring itu.

Mujur sekumpulan penduduk tempatan yang menyedari kejadian itu memberikan bantuan dengan membaling bata ke arah lembu berkenaan untuk menghalau dan melindungi keselamatan kanak-kanak terbabit.

Setelah dibantu oleh penduduk setempat, akhirnya lembu-lembu tersebut melarikan diri dan kanak-kanak berkenaan ditarik oleh abangnya untuk dibawa ke tempat selamat.

Ajaibnya, kedua-dua beradik itu berjaya terselamat daripada insiden terbabit dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Seorang sumber menyatakan bahawa lembu yang sedang berlegar secara tenang di salah satu sudut pada jalan tersebut terganggu dengan baju berwarna kuning yang dipakai oleh kanak-kanak terbabit, lapor Daily Mail.

Menurut media tempatan, kes serangan lembu di negeri itu bukanlah sesuatu yang baru lagi.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa