Siakap Keli

“Dulu Penuh Bendera Pasang Kat Tiang Semua,” Bulan Kemerdekaan Dah Tak Semeriah Seperti Dulu?

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua rakyat harus menanamkan semangat patriotik yang tinggi kepada negara ini. Ditambah pula apabila berada di dalam bulan kemerdekaan, semangat tersebut harus disemarakkan demi menyambut hari merdeka yang akan menjelang tidak lama lagi.

Namun, menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter, semangat menyambut kemerdekaan dilihat sudah semakin pudar apabila ianya sudah tidak dizahirkan lagi oleh rata-rata rakyat negara ini.

Katanya, bendera bukan sahaja sudah kurang dipasang, filem-filem patriotik juga sudah tidak lagi ditayangkan malah stesen tv dan radio juga sudah tidak lagi memainkan lagu-lagu patriotik yang boleh menyuntik semangat merdeka.

Aku pelik kenapa sekarang dah tak macam dulu?

 

Apa sudah jadi?

Mengapa semua cerita patriotik dah menghilang?

Menyayangi negara kerana ini tumpah darah kita

Sayang kekasih tunjuk effort, takkan nak sayang negara tak ada effort

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut dilihat bersetuju dengan pendapat tersebut.

Malah, sebilangannya menyifatkan semangat patriotik dalam rakyat negara ini sudah semakin pudar, ditambah dengan pelbagai isu semasa yang berlaku.

Dulu kedai runcit banyak jual 

Ingatkan aku sorang je rasa perasaan ni

Dekat tv tak ada, radio pun tak ada

Sumber: Twitter @Marchfoward

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.