Siakap Keli
google street view
Kredit: Express.co.uk

Gara-gara Aksi Dipercayai Curang Terakam Dalam Google Street View, Wanita Diceraikan Suami

Gara-gara kantoi bermesra dengan seorang lelaki, seorang wanita dilaporkan diceraikan suaminya di Lima, Peru.

Semuanya bermula apabila suaminya terlihat aksi mereka yang terakam kenderaan Google ketika melalui lorong berkenaan pada 2013.

Perbuatan si isteri terbongkar apabila paparan Google Street View menunjukkan wanita itu sedang bermesra dengan seorang lelaki yang berbaring di atas ribanya.

Biarpun wajah mereka dikaburkan, identiti wanita itu dapat dikenalpasti melalui pemakaiannya oleh si suami.

Setelah bersemuka, wanita itu akhirnya mengaku curang, membawa kepada penceraian pasangan berkenaan.

Sumber: New York Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.