Siakap Keli

Ketahui 9 Gejala Ini Yang Menunjukkan Anda Mungkin Alami Masalah Kemurungan

Penyakit yang tidak kira umur dan jantina ini merupakan antara yang paling digeruni setiap orang. ya, masalah mental sangat dititikberatkan dalam kalangan masyarakat kita.

Mengikut peratusan daripada Statistik Tinjauan Kesihatan Morbiditi, masalah mental antara masalah kesihatan terbesar kedua selepas penyakit jantung. Tetapi, korang jangan salah faham pula dengan masalah mental ini bukannya gila.

Ini antara penyakit mental umum iaitu kemurungan, keresahan, gangguan bipolar dan skizofrenia.

Kalau korang nak tahu, ini 9 gejala yang menunjukkan seseorang itu mengalami kemurungan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat ujian kendiri dengan melengkapkan maklumat di sini;

Ketahui gejala yang menunjukkan anda alami kemurungan. Lakukan ujian saringan DASS dan dapatkan bantuan segera.

1) https://tinyurl.com/dassjohor (dilengkapi dengan rujukan dan appointment jika perlu)

2) https://tinyurl.com/ramlidass

*Penting- Ujian saringan bukan diagnosis. Dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.

1. Perasaan murung atau sering marah-marah hampir setiap hari

2. Tidak bersemangat atau tidak beminat melakukan aktiviti sosial

3. Berat badan merosot

4.Corak tidur berubah

5. Selalu letih dan kurang tenaga

6. Perasaan bersalah tidak setimpal dengan kesalahan

7. Tidak mampu berfikir dengan rasional

8. Ada pelan untuk melakukan perkara negatif

9. Perubahan dalam melakukan aktivit harian

Sumber: Public Health Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang