Siakap Keli
buaya muara
Kredit: The Sun.uk

(Gambar) Berat Dipercayai Capai Setengah Tan, Buaya Muara Sebesar 4.5 Meter Terpaksa Diangkut Guna Jentolak Di Indonesia

Seekor buaya muara berukuran 4.5 meter panjang telah diburu dan dibunuh penduduk di Pulau Bangka Belitung, Indonesia.

Tindakan ini susulan kepercayaan mereka bahawa buaya tersebut merupakan jelmaan syaitan yang menghantui penduduk setempat.

Menurut The Sun.uk, reptilia itu mati dipercayai akibat keletihan setelah bergelut di dalam pukat khas dilengkapi mata pisau.

Haiwan yang dipercayai berusia sekitar 50 tahun itu mempunyai berat kira-kira 500 kilogram dan tidak mempunyai gigi.

Susulan saiznya yang besar, reptilia itu terpaksa diangkut menggunakan jentolak untuk ditanam mengikut ritual penduduk tempatan.

Buaya jenis muara atau crocodylus porosus berkenaan dipercayai boleh membesar sehingga enam meter, kata Peneliti Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Amir Hamidi.

Jelasnya, buaya muara yang terbesar itu pernah dicatatkan Guinness World Records dan ditemui di Mindanau, Filipina.

Kredit: The Sun.uk
Kredit: The Sun.uk
Kredit: The Sun.uk
Kredit: The Sun.uk

Sumber: The Sun, Kompas

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.