Siakap Keli
Gambar Via Shopee

Ini Cara Untuk Dapatkan Baucar Murah Sebelum Membeli-Belah Di MYDIN

Dalam keadaan Malaysia pada ketika ini masih lagi berhadapan dengan krisis COVID-19, orang ramai pastinya bimbang mengenai kelangsungan hidup masing-masing. Ditambah pula apabila ada sesetengahnya yang terpaksa diberhentikan kerja.

Disebabkan itu juga, orang ramai pasti mengharapkan agar segala barangan keperluan keluarga boleh didapati dengan mudah dan berpatutan. Penggunaan baucar di pasar raya atau pusat membeli-belah juga menjadi salah satu inisiatif yang baik bagi mendapatkan harga barang yang murah.

Bagi yang sering membeli barangan keperluan, anda pastinya tidak akan terlepas dari mengunjungi MYDIN. Ini kerana MYDIN menawarkan pelbagai pilihan barangan dengan harga yang amat berpatutan. Haa, anda juga pasti tahu MYDIN sentiasa memberikan tawaran terbaik kepada pengguna.

Ditambah dengan keadaan negara yang masih menghadapi krisis pandemik COVID-19, MYDIN mengambil pendekatan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat Malaysia.

OHMYDIN! THE BRAND FESTIVAL janjikan pelbagai tawaran istimewa

Jangan terkejut kerana kali ini MYDIN menjanjikan pelbagai ganjaran istimewa dengan hadiah yang pastinya akan disukai oleh anda semua. Nak tahu tak apa tawaran tu?

Untuk pengetahuan anda, MYDIN akan menganjurkan OHMYDIN! THE BRAND FESTIVAL yang membolehkan anda membeli-belah secara dalam talian dan in store. Bermula pada 20 Ogos sehingga 1 November ini, OHMYDIN! menjanjikan lebih daripada 100 jenama produk terkemuka seperti Mamee, Nestle, P&G dan termasuk produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan ganjaran lebih RM6.3 juta untuk direbut.

 

Beli E-baucar di MYDIN@Shopee dan berpeluang menang kereta Myvi

Menariknya, OHMYDIN! THE BRAND FESTIVAL ini bukan sahaja akan melibatkan platform atas talian seperti MYDIN Online dan MYDIN EXPRESS namun anda juga boleh melayari Shopee untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga promosi.

Tidak cuma itu, melalui MYDIN@Shopee, anda juga boleh membeli E-baucar tunai MYDIN yang bernilai RM100 hanya dengan harga RM90 dan E-baucar RM50 pada harga RM47.50 sahaja. Bukan beli saja-saja ya, anda mungkin boleh memenangi pelbagai ganjaran termasuk sebuah kereta Myvi. E-baucar ini sudah boleh dibeli bermula 10 Ogos Sehingga 20 Ogos ini. Anda boleh dapatkan E-baucar DISINI.

Tapi E-baucar ni hanya boleh digunakan ketika anda walk in ke MYDIN berdekatan dengan anda bermula pada 1 September ini.

Tonton siaran langsung OHMYDIN! dan rebut harga barangan yang lebih rendah

Anda juga harus menonton siaran langsung OHMYDIN! pada 20 Ogos 2020 ini yang akan bersiaran di saluran TV3 untuk mengetahui siapa yang bakal memenangi ganjaran selain berpeluang merebut harga promosi Shocking Sale serendah RM0.63 yang melibatkan lebih 100 produk! . Jam 2 tau, jangan lupa pulak! Shopee pulak menawarkan penghantaran percuma!!!!

 

Bukan itu sahaja, siaran langsung ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan serta game show yang pastinya akan menghiburkan anda. Ditambah pula dengan kehadiran barisan artis popular tanah air seperti Elly Mazlien, Issey, Achey, Siti Nordiana, Diana Danielle, Dayana Roza, Black, Chef Naem, Chef Nik Michael dan Hazama.

15 pelanggan yang bertuah juga boleh memenangi baucar tunai MYDIN bernilai RM500.00 setiap bulan selama 6 bulan. Selain itu, ganjaran kupon yang bernilai lebih RM10,000 membolehkan anda menebus harga promosi barangan berbeza setiap minggu. Wow! Banyak tu. Jadi jangan terlepas peluang ini ya.

Beli barangan MYDIN di Shopee dengan penghantaran percuma

Bukan sahaja dijalankan di semua cawangan MYDIN, anda juga boleh melayari MYDIN Online dan MYDIN Express serta MYDIN@Shopee yang akan menawarkan penghantaran percuma yang tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Turut akan diadakan Shocking Sale. Harga yang ditawarkan harga barangan serendah 63 sen, 9.9 Sale, 10.10 Sale dan Super Brand Day sepanjang kempen bagi menambah promosi istimewa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Laman Web dan Facebook MYDIN serta MYDIN@Shopee

Sofea

There's always another side to every story