Siakap Keli

TERKINI: 26 Kes Positif Baharu Termasuk 23 Kes Tempatan, Kedah Catat 14 Pertambahan Kes

Sebanyak 26 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,175 kes setakat Sabtu (15 Ogos 2020).

Menerusi perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menjadi 219 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 26 kes baharu, 23 kes merupakan kes tempatan dan selebihnya adalah kes import. Pecahan kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selain itu, terdapat tiga (3) kes Covid-19 yang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,831 atau 96.25 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Manakala jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes atau 1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Twitter KKM, Dr Noor Hisham

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.