Siakap Keli

Guru Cerita “Group” Whatsapp Lepas PKP, Ibu Ayah Dah Tak Tanya Pasal Kerja Rumah Tapi Soalan Lagi Mencabar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerjaya sebagai seorang guru ini memang banyak dugaan dan cabarannya. Ya, di rumah menjadi ibu bapa kepada anak-anak, kalau di sekolah juga menjadi orang yang paling bertanggungjawab sekali kepada anak orang lain. Namun, apa yang patut kita kenang adalah jasa mereka yang tidak pernah mengeluh menjaga anak-anak murid di sekolah.

Namun, sejak kebelakangan ini pelbagai masalah yang timbul. Semua orang tahu, pada tahun 2020 ini merupakan antara tahun yang paling mencabar kerana jangkitan wabak pandemik Covid-19. Masyarakat perlu menjalani kehidupan normal baru.

Walaupun begitu, seseorang haruslah memainkan peranan penting terutamanya para ibu bapa. Dalam kehidupan baru ini, ibu bapa seharusnya lebih bertanggungjawab ke atas anak-anak mereka di sekolah namun janganlah terlebih bertanggungjawab sehingga menyusahkan individu lain.

Sama seperti luahan hati seorang guru ini di laman Facebooknya mengenai cabaran berdepan dengan sesetengah sikap ibu bapa yang ‘terlebih’ memberi perhatian dalam hal sekolah anak-anak.

Sesi sekolah lepas PKP ni group whatsapp sekolah anak-anak tak penuh dengan soalan homework dah. Tapi soalan yang lagi mencabar..

“Cikgu, sorry lupa nak letak nama, anak saya esok nasi lemak ye”

“Cikgu, anak saya kata semalam order nasi goreng tapi dia dapat bihun”

“Eh, kenapa nama anak saya hilang ni? Mohon C&P betul-betul”

“Cikgu, anak saya semalam order ayam goreng tapi takde sos cili”

Ya Allah, sesugguhnya aku menahan diri dari menaip yang bukan-bukan.

“Jangan la nak expect anak makan time rehat tu macam makan proper…”

Kami pun anak ramai sekolah. Tapi sebab rasa taknak tambah kerja cikgu, bekalkan je anak-anak apa yang boleh. Bukan la lauk hebat pun. Drumet ke nugget ke apa-apa je yang sempat janji ada makanan. Air kosong isi dalam botol. Jangan la nak expect anak makan time rehat tu macam makan proper ada lauk berjenis-jenis siap ada milo ais sirap bandung pastu complaint tak ade sos la tak ade sudu la. 

Sebenarnya cikgu hari-hari amik order apa nak makan esok dari anak-anak je. Submit list kat kantin terus. Done. Ni tanya mak ayah, punyalah songeh. Siap ada yang “Hmmm pilihan makanan macam limited. Kesian pulak anak makan menu sama je hari-hari.”

Sekadar gambar Hiasan via Mango Productions

Nasihat guru ini untuk mudahkan kerja para guru, ibu bapa sepatutnya memain peranan penting dalam keadaan yang masih tidak stabil dengan wabak pandemik Covid-19. Setiap individu ada peranan tersendiri, contohnya ibu bapa seharusnya menyediakan bekal makanan kepada anak masing-masing jika takut berlaku perkara yang tidak diingini.

Tambahnya lagi, ada juga sesetengah ibu bapa yang dikatakan tidak bertanggungjawab apabila pada waktu malam baru untuk menempah makanan anak-anak mereka pada guru dan pihak kantin. Sepatutnya tempahan tersebut dilakukan pada setiap sesi persekolahan berlangsung.

Bertabahlah cikgu-cikgu sekalian ye. Malam-malam macam ni pun masih ada yang letak order ni dalam group Whatsapp. Mereka ingat makcik kantin tu bukak 24 jam ke?

Benar, jangan salahkan atau susahkan seseorang, kerana setiap orang ada peranan mereka yang tersendiri.

 

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang