Siakap Keli
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

Motosikal Terbabas Rempuh Dinding Terowong, Nak Elak Kereta ‘Muncul’ Di Laluan Motosikal

Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan.

Selain daripada kecuaian diri sendiri, kemalangan juga mungkin boleh terjadi akibat daripada kecuaian pengguna jalan raya yang lain.

Seperti satu video yang dikongsikan melalui akaun Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS ini, satu kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dipercayai di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala Mid Valley telah dilaporkan terjadi pada 19 Ogos lalu.

Video tersebut memaparkan sebuah kereta putih yang secara tiba-tibanya muncul dari sebuah terowong laluan motorsikal.

Penunggang motosikal yang datang daripada arah berlawanan dilihat tidak dapat menghentikan motosikalnya sebelum merempuh dinding terowong tersebut.

Oleh kerana sudah terlalu hampir dengan kereta berkenaan, penunggang motosikal itu telah terbabas ke tepi jalan lalu melanggar dinding terowong yang terdapat pada laluan tersebut.

Susulan daripada kejadian tersebut, motosikalnya telah terjatuh di hadapan dinding tersebut.

Insiden yang dipercayai berlaku sekitar jam 3.30pm-4pm itu berjaya dirakamkan menerusi rakaman kamera GoPro yang dilekatkan pada helmet penunggang motosikal terbabit.

Tiada maklumat lanjut berkenaan kecederaan yang dialami penunggang motosikal berkenaan.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa