Siakap Keli

Transkrip Diploma ‘Penuh’ Dekan Tapi Gagal UPU, Pelajar Cemerlang Ini Mohon Doa Netizen Agar Rayuannya Diterima

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini sebilangan besar bakal siswa di negara ini menikmati detik indah apabila permohonan mereka untuk sambung belajar ke universiti diluluskan.

Mana yang terpilih, Alhamdulillah. Nikmatilah proses kehidupan menjadi dewasa yang seterusnya.

Manakala bagi yang belum bernasib baik, jangan mengalah. Mungkin ada jalan lain yang lebih baik Insya-Allah.

Namun bagi insan pemilik akaun Twitter @aeshfr ini, beliau ‘tergolong’ dalam kategori yang belum bernasib baik untuk diterima masuk ke universiti bagi peringkat sarjana muda.

Meskipun permohonann UPUnya gagal, namun ada sesuatu yang menarik perhatian warganet, iaitu transkrip diplomanya yang ‘super power’

Ikuti kisahnya di bawah ini.

 

Transkrip diploma milik Ashfar. Gambar: @aeshfr

Muhammad Ashfar Shamsurizal, 21, merupakan lulusan Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat dari Politeknik Banting, Selangor.

Jika merujuk kepada transkrip diplomanya di atas, kita mesti sudah dapat agak bahawa beliau merupakan salah seorang pelajar yang cemerlang.

Tips belajar, fokus kunci utama

Jelas Ashfar, antara kaedah yang digunakannya ketika belajar dahulu adalah fokus.

“Untuk tips study, pertama dan paling utamanya saya akan fokus lebih semasa dalam kelas, sebab kadang-kadang pensyarah akan highlight topik atau point penting yang selalu masuk dalam peperiksaan akhir.

“Kedua, saya akan buat nota ringkas yang merangkumi semua point-point penting dan cuba untuk dapatkan carry marks (tugasan, kuiz dan ujian) sebanyak yang mungkin. Carry marks boleh membantu untuk skor dalam peperiksaan akhir,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Tambah Ashfar lagi, belajar secara berkumpulan juga satu teknik yang digunakan untuk lebih mudah faham.

“Biasanya di hujung-hujung semester, saya dan rakan bilik akan study bersama dan buat sesi Q&A bagi memastikan kami lebih faham dengan subjek atau topik tersebut,” katanya lagi.

Muhammad Ashfar Shamsurizal, 21, lulusan Diploma Kejuruteraan Penerbangan dari Politeknik Banting, Selangor. Gambar: @aeshfr

Di sebalik transkrip hebat ini, ada kisah yang tersingkap.

Permohonan UPU, semua gagal

Meskipun dirinya boleh tersenyum gembira dengan pencapaian akademik sewaktu diploma, namun usahanya untuk melangkah ke menara gading sedikit terbantut apabila permohonan UPUnya didapati gagal.

“UPU baru-baru ini kebanyakan kos yang saya mohon adalah kejuruteraan aeronautik/aeroangkasa di beberapa universiti hebat seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

“Selain itu, kos kejuruteraan mekanikal di Universiti Malaya (UM), UTHM dan UPM juga turut dimohon sebagai backup plan, namun tiada satu pun yang saya berjaya,” katanya lagi.

“Selain itu, kos kejuruteraan mekanikal di UM, UTHM & UPM juga turut dimohon sebagai backup plan, namun tak satu pun yang saya berjaya,”

Dua kos peringkat rayuan adalah pilihan terakhir

Memandangkan permohonan pertama tidak menemui sebarang ‘jalan keluar’, maka pilihan terakhir yang masih berbaki adalah permohonan di peringkat rayuan.

“Untuk rayuan, saya cuba untuk memilih kos yang sama tapi semua kos berkaitan kejuruteraan aeronautik/aeroangkasa sudah tiada dalam pilihan, agak kecewa jugalah.

“Jadi untuk rayuan saya mohon kos kejuruteraan mesin sahaja,” luahnya dalam nada kecewa.

Dalam pada itu, Ashfar turut berkongsi tentang cita-cita idaman yang sangat berkaitan dengan bidang pilihannya.

“Cita-cita saya dari awal nak jadi juruterbang, tapi disebabkan yuran pengajian di sekolah penerbangan agak tinggi, maka saya memilih untuk ubah minat saya tetapi dalam bidang yang sama iaitu License Aircraft Engineer (LAE),” jawabnya.

Netizen hulur ‘bahu’, sama-sama mendoakan

Kejayaannya yang cemerlang di peringkat diploma itu menjadi bualan netizen di media sosial.

Rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Ada yang mendoakan, ada yang beri kata-kata semangat malah ada yang kongsi pengalaman mereka sendiri.

Semoga permohonan rayuannya kali ini diterima.

Orang kata, kadang-kadang kita minta tapi tak dapat bukan sebab Allah tak bagi, tapi Allah tangguhkan dan mungkin akan digantikan dengan lebih baik.

Sama-samalah kita doakan. Ameen..

Sumber: @aeshfr

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.