Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan telah menjadi mangsa serangan seksual bapa saudaranya sendiri.
Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di Bayung Lincir, Kabupaten Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, lapor Tribun Ambon.
Kanak-kanak lapan tahun itu telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya yang berkahwin semula dengan lelaki lain setelah ayahnya meninggal dunia.
Mangsa selepas itu tinggal bersama dengan bapa saudaranya yang telah mencabulnya.
Ia terbongkar setelah mangsa tiba-tiba berlari dari rumah sambil meminta pertolongan dari jiran dan memberitahu mereka mengenai perbuatan terkutuk bapa saudaranya.
“Penduduk kemudian melaporkan kejadian itu kepada kami dan suspek telah ditangkap.
“Mangsa kini mengalami trauma yang sangat teruk,” kata ketua polis Bayung Lincir, AKP Jonroni.
Dari hasil pemeriksaan, mangsa telah dicabul sebanyak tiga kali.
“Setiap kali melakukan perbuatan jahatnya itu, mangsa sering diugut untuk dibunuh,” ujar AKP Jonroni lagi.
Sumber: Tribun Ambon