Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ustaz Hamzah Ngah Dijemput Ilahi, Ramai Hadir Solat Jenazah

ustaz hamzah ngah dijemput ilahi
Gambar: Ustaz Mohd Shafizi Ismail

Ustaz Hamzah Ngah Dijemput Ilahi, Ramai Hadir Solat Jenazah

Suasana pilu menyelubungi Masjid Rusila hari ini apabila ramai jemaah hadir menunaikan solat jenazah Ustaz Hamzah Ngah, guru Maahad Darul Quran yang juga dikenali sebagai tokoh pendidik dan pendakwah disegani.

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh Ustaz Mohd Shafizi Ismail dalam satu hantaran di platform Facebook sebentar tadi.

Turut hadir adalah Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus.

“Hari ini hari sedih dan duka, selesai solat jenazah murabbi kami yang sangat disayangi Ustaz Hamzah Ngah, Guru Maahad Darul Quran selepas sahaja solat zohor sebentar tadi di Masjid Rusila.

“Alhamdulillah dua kali solat jenazah kali pertama diimamkan oleh YB Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kali kedua oleh Murabbi Sejuta Ummah Ustaz Azhar Idrus,” maklum kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, Ustaz Mohd Shafizi turut menitipkan doa agar rohnya dicucuri rahmat.

“Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa Allahyarham Ustaz, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.

“Jasa dan pengorbanan Ustaz dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang,” katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga menerusi laman Instagram rasminya.

“Perkhabaran duka awal pagi ini, pemergian seorang insan yang amat berjasa kepada perjuangan Islam di bumi Terengganu khususnya.

“Allahyarham Ustaz Hamzah Ngah telah pun kembali ke pangkuan Ilahi pada jam 4:43 pagi tadi. Allahyarham merupakan murabbi yang banyak mencetak kader-kader dakwah termasuk anak-anak beliau sebagai pewaris perjuangan,” ucap beliau.

Menurutnya, jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rusila.

Sumber: Ustaz Mohd Shafizi Ismail, Dr Ahmad Samsuri

BACA: Tak Putus Dikunjungi, Keluarga Rayu Rehat Seketika Daripada Terima Tetamu

BACA: Azhan Rani Kenang Watak Dalam Drama Nur, Sentuh Isu Halau Jemaah Surau

BACA: Sekali Tebar, Lelaki ‘Borong’ Lauk Ikan Seminggu Di Tepi Pantai