Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Tak Putus Dikunjungi, Keluarga Rayu Rehat Seketika Daripada Terima Tetamu
Keluarga Allahyarham Nurly Shahirah Azman, 23, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, Perak, 9 Jun lalu, memaklumkan tidak dapat menerima kunjungan tetamu bermula Rabu sehingga Sabtu depan.
Perkara itu disahkan oleh abang kepada Allahyarham, Mohd Najmuddin Azman, 28, menerusi satu hantaran di Facebook.
Katanya, ia bagi memberi peluang kepada ibu dan ayahnya untuk berehat seketika, sejak kehilangan anak tercinta.
“Bagi peluang umi abah saya berehat seketika. Dari awal kematian sehingga sekarang belum rehat sepenuhnya. Insha Allah ada rezeki boleh datang ziarah,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, maklumat berkenaan turut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ahmad Nazrul yang tidak mahu dikunjungi oleh tetamu buat sementara waktu.
“Pihak keluarga Allayarham Nurly Sahirah tidak menerima tetamu bermula 2 Julai 2025 ( hari Rabu) sehingga 5 Julai 2025 (hari Sabtu).
“Rumah keluarganya juga ditutup kepada umum. Harap dapat kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Sebelum ini, tular video memaparkan orang ramai tidak putus-putus mengunjungi pusara Allahyarhamah, bahkan ada yang datang dengan rombongan menaiki beberapa buah bas.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok, Hafikah Hasim, dapat dilihat suasana di perkuburan Gong Pasir, Besut yang dipenuhi pelawat pada Jumaat.
“MasyaAllah, sangat-sangat ramai orang datang ziarah arwah Nurly,” kata Hafikah.
Dalam satu video yang lain, orang ramai juga turut berkunjung ke rumah ibu bapa Nurly.
Meskipun lebih dua minggu telah berlalu, namun kemalangan tragis melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih lagi segar dalam ingatan ramai. Walaupun rata-rata daripada kita tidak mengenali kesemua mangsa secara langsung, namun tragedi yang menimpa mereka benar-benar menyayat hati.
Sumber: Facebook Najmuddin Azman