Mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa terdapat beberapa bantuan yang diberikan oleh kerajaan di dalam Pakej Ransangan Ekonomi bagi membantu memulihkan semula ekonomi rakyat dan negara akibat wabak Covid-19.
Salah satunya seperti yang dikongsikan oleh gadis ini mengenai pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM1,000 bagi individu pemastautin untuk perbelanjaan melancong dalam negara yang dilakukan dalam tempoh 1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Malah, ianya telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu rakyat untuk mendapatkan ‘pulangan’ daripada segi pengecualian cukai setelah rakyat membantu menjana semula ekonomi dengan aktiviti melancong.
Saja nak habaq ni. Siapa yang pi bercuti dalam Msia this year n next year. Jangan lupa tau simpan all the receipts – tickets, hotel fees, entrance fee for parks, etc. Ada tax relief for domestic travelling up to 1k (valid until Dec 2021) ✌🏻
— hidayahfauzi (@dayahfauzi92) August 23, 2020
Okay korang. For those yang tanya kat mana i dapat source ni. Korang boleh pergi dekat website MOF. Nah i screenshot untuk korang.
Sebelum ni mmg from 1/3/2020 to 31/8/2020 tapi PM dah extend to 31/12/2021. So this valid for travel expenses incurred from 1/3/2020 to 31/12/2021. pic.twitter.com/P3Qjkwzlpu
— hidayahfauzi (@dayahfauzi92) August 24, 2020
Simpan je semua resit masa ‘travel’
Homestay boleh ‘claim’ jika didaftarkan di bawah MoTAC
Tiket penerbangan atau sebarang pengangkutan tidak boleh ‘claim’
Guna ‘tax relief’ untuk kurangkan pendapatan yang kena cukai
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cukai individu, anda mungkin boleh merujuk link di bawah ini.
sbb tweet ni dpt perhatian, so here's the link for simple explaination https://t.co/ZAOkelo37v if kerja & gaji more than RM 34K per year, kena la tax. kalau below, xkena tax. and % can change depends on ur monthly salary. bulan ada bonus, byk la tax kna byr hehe
— sis jual cuckoo (@yanarosli) August 24, 2020
Sumber: Twitter @dayahfauzi92