Siakap Keli
Gambar: Hanifmz

“Comel Je Tabungnya,” Budak Datang Gerai Beli Burger Guna Duit Tabungan Sendiri Raih Pujian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang semestinya mempunyai pelbagai cara dan usaha untuk mendapatkan apa yang diimpikan. Sejak dahulu lagi, amalan menabung sememangnya sudah dididik kepada anak-anak kecil agar mereka belajar mendapatkan apa yang diinginkan dengan usaha sendiri.

Sesuai dengan peribahasa “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”, menabung juga membolehkan mereka bermandiri tanpa mengharapkan orang lain sepenuhnya.

Seperti yang dikongsikan oleh peniaga burger, Hanif, di laman Twitter,  beliau tertarik dengan seorang pelanggan cilik yang datang untuk membeli burger dengan menggunakan duit tabung.

Menerusi ciapannya, dapat dilihat bekas kecil yang dijadikan sebagai tabung untuk menyimpan duit diserahkan kepada Hanif.

Menurut Hanif, kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 10 tahun itu sering bermain basikal berhampiran gerainya yang terletak di Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, Shah Alam.

Walaupun jumlahnya kelihatan kecil namun usaha kanak-kanak itu menabung untuk mendapatkan burger yang diinginkannya harus dipuji.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji usaha kanak-kanak itu. Tidak kurang juga, ada yang ingin belanjanya burger.

Sumber: Hanifmz

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa