Siakap Keli

(Video) Penumpang Dirakam Ketakutan Keluar Dari Bas Dipercayai Berlumba Di Jalan Raya

BANGKOK: Penumpang yang ketakutan dilihat bergegas keluar daripada sebuah bas Bangkok setelah pemandu bas itu didapati berlumba dengan bas yang lain dengan pemanduan yang sangat bahaya.

Perlumbaan ini dikatakan persaingan untuk mendapatkan lebih banyak tambang di perhentian seterusnya.

Video yang disiarkan di media sosial itu menunjukkan sebuah bas mengikuti rapat dan cubaan untuk memotong di laluan sempit juga dilakukan dengan cara yang sangat bahaya.

Kejadian berkenaan dilaporlan berlaku di Jalan Charoen Krung, kira-kira 5 pagi 25 Ogos lepas.

Kedua-dua bas tersebut dilihat berlumba di sepanjang jalan. Bas belakang dilihat hampir merempuh beberapa kenderaan lain.

Ada di antara pemandu bas tersebut menggunakan laluan bertentangan demi untuk memotong kenderaan di hadapan mereka.

Ketika bas berhenti di lampu isyarat, penumpang kelihatan dalam ketakutan dan bergegas keluar daripada bas itu.

Kedua-dua pemandu bas itu, Ekarat Buabangsorn dan Adisorn Yangsungnoen, ditemani oleh majikan mereka telah dipanggil ke Bangkok Mass Transit Authority pada hari tersebut. Mereka mengaku memandu dengan cara yang berbahaya.

Kedua-dua pemandu bas itu telah didenda 1,000 baht dan diperintahkan untuk menghadiri sesi latihan keselamatan jalan raya.

Sumber: BangkokPost

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.