Siakap Keli

PM Sokong Bayaran Kompaun Dinaikkan Dua Atau Tiga Kali Ganda Dari Kadar Yang Ada Sekarang

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan bahawa tiada mana-mana individu akan dikecualikan daripada peraturan kuarantin yang ketat dan hukuman yang setimpal akan diberikan kepada mereka yang melanggarnya.

Susulan itu, beliau menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menaikkan kadar kompaun sebanyak dua atau tiga kali ganda dari kadar semasa bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan.

”Peraturan kuarantin yang ketat di tempat-tempat tertentu akan terus dikuatkuasakan. Tiada siapa dikecualikan daripada peraturan ini dan mana-mana individu yang melanggarnya akan dikenakan hukuman setimpal.

”Sehubungan itu, saya juga menyokong cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali ganda dari kadar yang ada sekarang,” kata beliau.

Namun, jelas beliau perkara ini akan diperhalusi dan Akta 342 akan dipinda terlebih dahulu sebelum kadar kompauan baharu dikuatkuasakan.

”Walaupun begitu, perkara ini perlu diperhalusi dan Akta 342 itu perlu dipinda terlebih dahulu,” kata beliau.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.