Siakap Keli

TERKINI: PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020 – PM

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir pada 31 Ogos 2020 ini akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu siaran langsung Perutusan Khas PM sebentar tadi.

”Demi kepentingan saudara-saudari sekalian, kerajaan telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020,” kata beliau.

Sehubungan itu, menurut Muhyiddin, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil bagi memastikan rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

”Dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil.

”Ini adalah untuk memastikan semua pihak memathui Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol kesihatan yang ditetapkan,” kata beliau.

Hari ini, negara mencatat 10 kes positif baharu Covid-19 dan dua kes daripadanya adalah kes penularatan tempatan. Manakala, selebihnya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Sesungguhnya, kita masih belum menang dalam perang melawan virus ini, di peringkat global lebih 20 juta kes dicatatkan sehingga hari ini dan lebih 700 ribu kematian direkodkan.

Sumber: Sidang Media Khas PM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.