Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi Boleh Mengambil Sehingga 10,000 Langkah Sehari

BAYI

Bayi Boleh Mengambil Sehingga 10,000 Langkah Sehari

Walaupun bayi bersaiz kecil, mereka boleh mengambil sehingga 10,000 langkah setiap hari melalui aktiviti merangkak, bergerak aktif dan meneroka dunia di sekeliling mereka dari pagi hingga malam. Daripada merangkak sehingga langkah pertama yang masih belum stabil, si manja sentiasa belajar dan meneroka persekitaran mereka.

Oleh itu, setiap pergerakan mereka perlu disokong dengan keselesaan yang mampu mengikuti rentak aktiviti harian mereka. Menyedari hakikat bahawa bayi sentiasa aktif bergerak, Huggies Malaysia memberi pengalaman “Huggies Breezy Day” kepada lebih ramai keluarga di seluruh negara, meliputi Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Pahang.

Dengan siri aktiviti yang berjaya di Pulau Pinang, Johor dan Pahang, Huggies kini meneruskan pengalaman tersebut di Lembah Klang, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai ibu bapa untuk merasai sendiri bagaimana Huggies AirSoft Pants menawarkan keselesaan bernafas yang mengikuti setiap pergerakan bayi, menyokong mereka melalui ribuan langkah yang diambil setiap hari.

Membawa Keselesaan Lebih Dekat dengan Keluarga

Memahami bahawa realiti keibubapaan berbeza mengikut gaya hidup dan lokasi, Huggies mengambil pendekatan yang lebih inklusif dengan mendekati keluarga di mana sahaja mereka berada. Apabila bayi mengambil ribuan langkah setiap hari, keselesaan yang konsisten menjadi keperluan penting, bukan sahaja di rumah, malah ke mana sahaja mereka pergi.

Siri aktiviti di seluruh negara ini membolehkan lebih ramai ibu bapa merasai sendiri bagaimana inovasi lampin yang direka dengan teliti dapat membantu mengurangkan kerisauan dan ketidakselesaan harian, sambil menyokong perkembangan aktif serta masa bermain si kecil.

“Di Huggies, segala yang kami lakukan bermula dengan memahami keperluan harian ibu bapa dan bayi,” kata Ngui Siew Ching, Pengarah Pemasaran Bersekutu, Huggies Malaysia. “Ibu bapa hari ini sentiasa mengimbangi rutin yang sibuk sambil memastikan bayi kekal selesa, ceria dan bebas meneroka dunia di sekeliling mereka. Melalui pengalaman “Huggies Breezy Day”, kami teruja untuk berhubung dengan lebih ramai keluarga di seluruh Malaysia dan membolehkan mereka merasai sendiri perbezaan yang ditawarkan oleh Huggies AirSoft.”

Direka untuk Bayi yang Sentiasa Aktif Bergerak

Apabila bayi semakin aktif merangkak, bertatih dan mengambil ribuan langkah kecil setiap hari, keselesaan menjadi satu keperluan penting. Setiap pergerakan memainkan peranan dalam perkembangan mereka, namun ketidakselesaan boleh mengganggu detik-detik berharga tersebut.

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, haba dan rasa tidak selesa yang terperangkap boleh menyebabkan bayi mudah meragam, terutamanya ketika bermain secara aktif. Oleh itu, Huggies AirSoft Pants direka dengan teliti untuk membantu mereka kekal sejuk, kering dan selesa agar mereka dapat bergerak dengan bebas dan yakin.

Teknologi Super AiryZone™ berfungsi sebagai saluran pengudaraan udara di bahagian hadapan, belakang dan tengah lampin untuk memberikan 10X lebih aliran udara*serta membantu mengurangkan rasa panas dan rimas. Pada masa yang sama, ciri-ciri 360 Cloudsoft™ direka khas dengan lapisan luar yang diperbuat daripada gentian ultra halus 1.2 denier yang membaluti kulit bayi dengan kelembutan seakan-akan awan. Ia telah diuji dan terbukti 150% lebih lembut berbanding sebelumnya.

Gabungan inovasi ini membantu meminimumkan geseran dan ketidakselesaan, pada masa yang sama menyokong tempoh bermain yang lebih lama dan menyeronokkan.

Pengalaman Sebenar, Keluarga Sebenar

Siri aktiviti ini mengumpul lebih 90 pempengaruh (KOLs) dan content creator dalam bidang keibubapaan serta gaya hidup yang akan menyertai aktiviti tersebut dan berkongsi pengalaman mereka penggunaan produk secara langsung dengan komuniti mereka, sekali gus memperluaskan perbualan mengenai kepentingan keselesaan bernafas untuk bayi yang aktif.

Di setiap lokasi, keluarga dijemput untuk menyertai zon permainan interaktif yang diinspirasikan oleh manfaat utama produk, di mana bayi boleh bergerak bebas manakala ibu bapa dapat melihat sendiri bagaimana keselesaan yang ditawarkan kekal menyokong mereka ketika bermain secara aktif.

Daripada cabaran merangkak hinggalah permainan berasaskan deria, setiap aktiviti direka untuk mencerminkan detik-detik harian bayi yang sentiasa aktif bergerak. Keselesaan yang diberikan bukan sahaja menyokong pergerakan mereka, malah membantu mewujudkan hubungan yang lebih erat, keyakinan diri dan ketenangan fikiran buat ibu bapa, menjadikan setiap pengembaraan lebih selesa dan menyeronokkan.

Huggies Breezy Day, Kini Lebih Dekat dengan Anda!

Huggies AirSoft Pants boleh didapati dalam saiz M, L, XL dan XXL di pasaraya utama serta platform e-dagang di seluruh negara.

Ibu bapa dan keluarga di Lembah Klang dijemput untuk mengunjungi aktiviti terbuka “Huggies Breezy Day” pada 27 Jun 2026, dari jam 10 pagi hingga 8 malam di The Exchange TRX Rooftop dan merasai sendiri bagaimana Huggies AirSoft Pants menawarkan keselesaan bernafas serta kelembutan seakan awan untuk bayi. Acara ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik dan mesra keluarga, termasuk pertandingan merangkak untuk bayi dan pengalaman permainan interaktif.

Selain itu, Huggies turut bekerjasama dengan TikTok menerusi inisiatif dalam talian dan luar talian sempena Huggies’ Super Brand Day. Berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2026, orang ramai boleh menikmati promosi eksklusif serta hadiah menarik di kedai rasmi Huggies di TikTok. Rebut peluang untuk mencuba Huggies AirSoft Pants dan biarkan bayi anda menikmati keselesaan nyaman yang ditawarkan oleh Huggies AirSoft Pants!

Untuk maklumat lanjut tentang Huggies dan inovasi produk terbaharunya, sila layari:

Huggies Web Rasmi (https://www.huggies.com.my/

Huggies Malaysia Facebook (https://www.facebook.com/HuggiesMalaysia/)

Huggies Malaysia Instagram (https://www.instagram.com/huggiesmy/

Huggies Malaysia Tik Tok (https://www.tiktok.com/@huggies_my)