Siakap Keli
Gambar: APMM

Uji Tahap Kesiapsiagaan Dan Keberkesanan Senjata, APMM Jalani Ujian Penembakan Senjata OTO MELARA 12.7MM Di Langkawi

Ujian penembakan senjata OTO MELARA 12.7MM yang dilakukan menggunakan Bot PENGGALANG 11 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Kedah dan Perlis baru-baru ini di perairan Langkawi berjaya dilaksanakan.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, ujian penembakan itu dilakukan untuk menguji tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan senjata tersebut serta untuk menguji tahap kemahiran kru mengendalikannya.

” Ujian penembakan meriam ini dilakukan bagi menguji tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan senjata OTO MELARA 12.7MM.

Gambar: APMM

“Selain itu juga ujian ini dilakukan untuk menguji tahap kemahiran kru dalam tatacara pengendalian dari segi penyelenggaraan,perintah dan kawalan, pengendalian secara manual dan remote control (automatic)”, ujarnya dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi Facebook APMM.

Gambar: APMM

Ujian penembakan yang diketuai oleh Pegawai Pengendali Eksesais, Komander Maritim Mohd Faizal bin Ahmad bersama kru Bot PENGGALANG 11 itu diharapkan dapat menguji tahap keupayaan senjata utama serta keadaan kru dalam pelaksanaan Op Benteng Laut yang sedang giat dijalankan.

Sumber: APMM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa