Siakap Keli

Rakaman Kambing Diberi Minuman Dipercayai Beralkohol Undang Kemarahan Ramai

Penyeksaan yang dilakukan terhadap haiwan kini semakin membimbangkan. Haiwan tidak berdosa seperti kucing, anjing dan monyet sering menjadi mangsa kekasaran manusia.

Terbaru, tular satu rakaman video yang menyaksikan seekor kambing diberi minuman dipercayai beralkohol oleh seorang lelaki.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, perbuatan itu merupakan satu jenayah kezaliman haiwan berdasarkan diet yang salah dan tidak sesuai untuk haiwan itu dan dianggap sebagai penganiayaan.

Namun, tidak dapat dipastikan kejadian ini berlaku di mana. Bagaimanapun, rakaman tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan netizen.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, anda diminta untuk menghubungi Animal Malaysia.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa