Siakap Keli
cara simpan bahan mentah
Kredit: Google

Jangan Simpan Bahan Mentah Dalam Bungkusan Asal, Elak Pencemaran Silang -KKM

Penyimpanan bahan mentah di dalam peti sejuk ada caranya yang tersendiri. Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memetik Peraturan 38, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 – Penyimpanan Makanan, bahan mentah perlu disimpan mengikut tatacara digariskan, terutamanya buat pengusaha kedai makan.

Berikut adalah tiga kesalahan dalam penyimpanan bahan mentah yang patut kita semua elakkan bagi menghindari masalah kesihatan pada kemudian hari.

Apa yang boleh kita lihat pada gambar ini:
1. Bahan mentah disimpan dalam bekas tidak bertutup
2. Bahan mentah disusun secara bertindih
3. Bahan mentah disimpan dengan menggunakan bahan bungkusan asal (kotak)

Kepada pengusaha premis makanan, pastikan bahan mentah seperti ayam, daging, makanan laut dan sebagainya di dalam ruang sejuk beku ditutup dengan sempuna.

Dan pastikan bahan mentah dipindahkan ke bekas bertutup daripada bungkusan asal. Kita tidak pasti keadaan pembungkus asal yang telah melalui perjalanan yang jauh dari kilang hingga ke restoran.

Ini bagi mengelakkan pencemaran silang berlaku seterusnya bagi menjaga kualiti bahan mentah yang disimpan di dalam freezer.

“Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun”.

rujukan: Peraturan 38, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 – Penyimpanan Makanan.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM

Amira

Love yourself.