Siakap Keli

Rakyat Palestin Ini Ucap ‘Selamat Hari Merdeka Malaysia’ Dari Pasir Pantai, Siap Ada Bendera Palestin & Jalur Gemilang

Hari ini 31 Ogos 2020 negara Malaysia menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan buat kali yang ke-63. Ini bermakna, sudah 63 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 31 Ogos 1957. Masih terngiang-ngiang laungan ‘Merdeka!’ yang dilaungkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama negara.

Sempena hari istimewa ini, Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) memuatnaik sebuah video dari bumi Palestin, apabila beberapa orang pemuda Palestin membuat satu ucapan Selamat Hari Merdeka daripada pasir pantai dan membuat rekaan bendera Palestin dan Jalur Gemilang juga daripada pasir pantai.

Video yang berdurasi 44 saat itu sudah cukup bermakna dan menandakan hubungan akrab rakyat Malaysia dan Palestin telah tersemai sekian lama sejak dahulu lagi.

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi selama 63 tahun ini berkekalan dan suasana aman dan harmoni di dalam negara Malaysia ini terus menguntum  walaupun kita berbeza agama, bangsa dan warna kulit. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sumber: PCO Malaysia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)