Siakap Keli

Boleh Memancing & Teroka Gua, Ramai Tak Tahu Ada Taman Negara Di Terengganu Yang Wajib Anda Pergi

Taman Negara yang terletak di Pahang adalah hutan simpan yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan menjadi tarikan ramai terutamanya bagi pencinta alam semulajadi.

Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui selain negeri Pahang terdapat satu pintu masuk lain ke Taman Negara yang unik dan hanya terletak di negeri Terengganu sahaja.

Terletak di sekitar Tasik Kenyir, pasti ramai yang akan terpukau dengan tarikan alam flora dan fauna dengan dikelilingi tasik yang menghijau.

Satu-satunya cara sampai ke sini adalah dengan menaiki bot

Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong terletak di sekitar Tasik Kenyir. Satu-satunya cara untuk sampai ke sini adalah dengan menaiki bot merentasi Tasik Kenyir yang mengambil masa sekitar 45 minit.

Antara aktiviti yang boleh dibuat di Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong adalah memancing, merentis hutan dan meneroka gua.

Pastinya anda terpukau dengan keindahan alam di sini.

Semak maklumat di bawah untuk mulakan pengembaraan anda di sini!

Sumber: Twitter Kementerian Tenaga dan Sumber Asli

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.