Siakap Keli

Kesemua 45 Kes Positif Dari Kluster Sivagangga Telah Sembuh & Discaj – KKM

Kesemua 45 kes positif dari Kluster PUI Sivagangga telah sembuh dan discaj. Dua kes terakhir kluster itu dilaporkan pada 9 Ogos lalu dan kedua-duanya lelaki dari generasi ketiga. Hal ini dijelaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Twitter rasmi mereka.

Sehingga hari ini, kluster ini tiada kes baharu selama 23 hari dan akan diisytiharkan tamat jika tiada kes baharu selepas 28 hari.

Kes aktif terbesar ketika ini ialah Kluster Tawar dengan 33 masih dirawat, 40 discaj dan 2 kematian. Sebanyak 13 kluster aktif setakat 1 September termasuk kluster terbaharu, Kluster Benteng Lahad Datu, Sabah.

Menerusi laporan ini, Kluster PUI Sivagangga menunjukkan kesemua 45 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar wad. Selain itu, jumlah kes aktif  untuk kluster ini adalah sifar.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.