Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Gelagat Lucu Oyen ‘Marahkan’ Pintu Pagar Gara-gara Perut Boyot Tersangkut

Gambar: Twitter

Gelagat si bulus jarang sekali tak menghiburkan. Tak kira gelagatnya disebabkan kenakalan atau kecuaian, tindakan haiwan ini sering mewarnai hari para pencinta haiwan.

Umum mengetahui sifat kucing yang boleh memuatkan diri ke dalam pelbagai ruangan kecil tanpa permasalahan. Namun, sepertimana tupai yang pandai melompat pun boleh jatuh ke tanah, kucing juga ada hari malangnya.

Dalam satu video tular di Twitter, kelihatan seekor kucing berwarna oren yang agak gempal cuba memasuki pagar melalui ruangan jeriji besi.

Nasib tidak menyebelahi oyen apabila perutnya tersangkut, membuatkan si comel itu teranjak ke hadapan hingga tersembam ke dinding. Marah gara-gara ‘teraniaya’, si comel itu terus ‘menyergah’ pagar berkenaan.

Kesian oyen.

Sumber: Twitter