Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Haiwan ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang sentiasa menarik untuk diperhatikan kerana setiap satunya mempunyai ragam dan tingkah laku yang berbeza-beza.
Ada haiwan yang kelihatan tenang tetapi sebenarnya sangat cerdik, ada yang suka bermain dan berinteraksi dalam kumpulan dan ada juga yang sering menunjukkan aksi yang lucu tanpa disedari.
Di sebalik rupa dan saiz yang berbeza, haiwan juga mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan emosi dan keperluan mereka, sama ada melalui bunyi, pergerakan atau bahasa tubuh.
Kadang-kadang, tingkah laku mereka kelihatan seolah-olah seperti manusia yang mempunyai perasaan marah, gembira atau sedih.
Inilah yang menjadikan pemerhatian terhadap haiwan begitu menarik, kerana momen itu kadangkala mampu menghiburkan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Baru-baru ini, tular satu video dari sebuah zoo di Jepun menunjukkan gelagat seekor gorila yang dikatakan termenung selepas bertengkar dengan seekor gorila betina.
Gorila yang diberi nama Kiyomasa itu merupakan seekor gorila jantan yang berusia 13 tahun.
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah reaksinya yang duduk bersendirian seolah-olah merenung nasib tentang apa yang berlaku dalam hidupnya.
Tambahan lagi posisi tubuhnya itu menunjukkan dia seolah-olah sedang berfikir dengan tangan kanannya yang disilangkan ke badan dan tangan kirinya pula diletakkan di mulut.
"Dia seolah merenung jauh ke depan dan sedang memikirkan sesuatu," lapor Fox News.

Video yang telah dikongsi di X itu telah mencuit hati ramai orang yang melihatnya. Malah, kebanyakan yang meninggalkan komen juga rata-rata golongan lelaki yang turut memahami renungan kosong dari gorila tersebut.

"Kalau aku balik semula ke sana dengan pisang, adakah dia akan terima...atau dia akan baling pisang tu balik kat kepala aku," seloroh seorang pengguna.
"Tengah fikir balik keputusan yang dah dibuat," ujar seorang pengguna lain.
"Lelaki yang tengok ni mesti fikir, ye aku faham perasaan ni," komen seorang lagi.
"Gorila ni sama je 100% macam lelaki lain," ujar seorang lagi.
"Dia macam....apa yang aku buat sampai dia marah macamtu," tulis seorang lagi.
"Kena petik bunga ni, lepastu bagi kat dia," seloroh seorang lagi pengguna lain.