Siakap Keli

Wanita Keguguran Kandungan Sanggup Culik Anak Adik Sendiri Baru Bersalin Kerana Takut Dicerai Suami

KUTAI TIMUR, INDONESIA: Seorang wanita berusia 37 tahun telah menculik bayi adik kandungnya yang baru dilahirkan di Muara Wahau, Kutai Timur, Kalimantan Timur pada 1 september.

Motif penculikan dilakukan adalah kerana takut suaminya akan menceraikannya.

Ketika suami suspek bertugas di luar kawasan, suspek telah hamil tujuh bulan. Mereka tinggal secara berasingan.

“Kemudian, suspek telah mengalami keguguran tetapi dia tidak memberitahu hal tersebut kepada suaminya”, kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Kutai Timur, Abdul Rauf pada 3 september.

Tindakan suspek menculik bayi itu adalah untuk menunjukkan kepada suaminya bahawa anak itu adalah anak kedua mereka.

Semasa pihak polis menangkap suspek, suami suspek menyedari bahawa anak itu bukanlah anak kandungnya.

Kejadian berlaku apabila suspek menemui adiknya di Kabupaten Teluk Pandan, Kutai Timur pada 1 september.

Suspek berhasrat untuk mengunjungi adiknya yang baru tiga hari melahirkan seorang bayi di Hospital Pupuk Kaltim, Kota Bontang.

“Pada waktu yang sama, suspek telah meminta suaminya untuk menunggu di hotel. Dia memberitahu suaminya dia ingin mengambil anak mereka di hospital”

Apabila sampai di rumah adiknya, suspek telah tidur di tempat tidur adiknya serta bayi kandung adiknya.

Ketika ibu bayi itu tidur, suspek telah menculik bayi tersebut dan membawa bayi itu ke hotel untuk membawa kepada suaminya.

Sekitar jam 11.30 malam, ibu bayi tersedar daripada tidurnya dan melihat bahawa bayinya telah hilang.

Setelah suspek menculik dan membawanya ke hotel, suspek dan suaminya menuju ke Kecamatan Muara Wahau dengan menggunakan kereta sewa.

“Ketika perjalanan itu, suami suspek berasa curiga dengan bayi itu dan berfikir bahawa bayi itu bukan anak kandungnya” katanya.

Suspek penculikan itu telah ditahan oleh pihak polis Kutai Timur.

Suspek boleh dikenakan hukuman 15 tahun dan denda maksimum Rp 300 juta atau kedua-duanya.

Sumber: KOMPAS.com

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.