Siakap Keli

“Itu Berkat, Kita Menikmatinya”, Wanita Teruja Nak Lahirkan Anak Ke-16, Belanja Lebih RM 2 Ribu Seminggu Untuk ‘Makan Pakai’ Keluarga

NORTH CAROLINA: Seorang wanita yang memiliki 15 orang anak telah menyatakan bahawa dia hamil anaknya yang ke 16.

Kehamilan anak yang ke 16 itu berlaku 3 bulan setelah melahirkan anak yang ke 15.

Dia juga mengatakan bahawa, dia tidak akan menolak untuk mempunyai lebih banyak anak di masa hadapan.

Pasangan ini telah menghabiskan $500 (RM 2,074) seminggu untuk membeli bahan makanan, lampin dan sebagainya.

Sebahagian daripada anak pasangan ini

Daripada 15 orang anak itu, terdapat 5 anak lelaki, 10 anak perempuan dan 6 daripadanya adalah kembar.

Kesemua anak mereka mempunyai nama yang bermula dengan huruf ‘C’, bertujuan untuk menghormati ayah mereka yang bekerja sebagai tukang sapu bagi menampung keluarganya.

Antara anak-anak pasangan ini ialah:

Carlos Jr (12), Christopher (11), Carla (9), Caitlyn (8), Cristian (8), Celeste (7), Cristina (6), Calvin (5), Catherine (5), Carol (4), Caleb (3), Caroline (3), Camilla (2), Charlie (1) dan Crystal, empat bulan, akan disertai oleh bayi perempuan yang dijadualkan pada Mei 2021.

Keluarga ini mula menjadi bualan orang ramai pada 2019.

Wanita itu, Patty mengakui bahawa bilangan anak yang ramai dapat memberikan tekanan yang tinggi kepadanya, namun dia tetap gembira.

“Bayi selalu menangis dan saya harus menjaganya. Tetapi itu adalah berkat, kita menikmatinya”

“Saya tidak menggunakan sebarang pencegah kehamilan dan reda jika hamil lagi”, kata Patty.

“Kami serahkan kepada Tuhan berkenaan dengan pemberian daripadaNya, kami tetap bahagia”, katanya lagi.

Sumber: Dailymail

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.