Siakap Keli

“Kaki Sebelah Je Pun, Dah Macam Gajah Kalau…”, Lelaki Kongsi Kisah Jadi Saksi Suami Malukan Isteri Ditempat Awam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hidup berumah tangga sememangnya penuh dugaan. Namun, jika kedua-dua belah pihak, baik isteri mahupun suami, pandai bertolak ansur dan saling menjaga hati pasti ‘masjid’ yang dibina mampu bertahan lama.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh saudara Andy Sulaman ini, wajar dijadikan pengajaran bagaimana kata-kata, kadang-kadang disangka cuma gurauan, tetapi kasar boleh mengguriskan perasaan pasangan.

Jom baca perkongsiannya dibawah.

Aku cukup menyampah bila jumpa seorang suami yang suka malukan atau membahan isteri di khalayak awam, maksud aku di tempat public, di hadapan orang yang tak dikenali.

Berlakunya satu situasi di hadapan aku, sepasang suami isteri ingin membeli satu barangan, yang agak keras harganya.

Si suami tu masih teragak-agak untuk membeli ketika itu. Dia tanya isteri, isteri kata “Ikut awak lah”. Jadi dia tak tahu membuat keputusan.

Sudahnya, “Saya balik rumah bincang dengan isteri dulu lah”.

Si isteri tersenyum. Mungkin lucu dengan gelagat keliru si suami, atau juga rasa dihargai kerana di dalam setiap keputusan, dia masih diperlukan untuk berbincang.

Ok lah macam tu. Tapi ingatkan habis di situ. Rupanya ada ayat lain,

“Kang buat aku tersalah beli, kena pijak aku dengan bini aku. Kau tengok lah badan dia. Kaki sebelah je pun cukup, dah macam kaki gajah! Hahaha!”

‘Hahaha’ itu hanya keluar dari mulut sang suami.

Si isteri tidak ketawa malah berubah riak mukanya.

Orang awam yang berada di situ pula terus buat-buat tak dengar dan memandang ke arah lain, seolah tak nak terlibat dalam suasana.

Krik…krik.

Sudahnya si suami berjalan di depan, si isteri melangkah lesu, menunduk saja berjalan di belakang.

Apa punya suami lah.

Isteri kita tu, orang yang patut kita lindungi. Isteri kita tu, orang yang patut kita jaga maruah dia, penghormatan dia, darjat dia.

Dah kalau kita sendiri malukan dia, ketawakan dia, siapa kita?

Dia dah serahkan semua pada kita. Paras rupa, jiwa raga, tubuh badannya baik yang nampak secara terbuka atau ada anggota badannya yang hanya boleh dilihat oleh kita sahaja.

Kita sendiri pergi buka aibnya, dah kenapa?

Yang itu lah dulu kita cinta bagai nak gila. Yang itu lah dulu konon kita sayang separuh nyawa.

Yang itu lah sibuk bersilat di dapur nak kenyangkan kita. Yang itu jugalah sibuk membasuh, menyidai, melipat dan menggosok baju pakai kita.

Bila time elok, dipuji dipuja. Bila dah kembang sana sini, rebeh melayut sini sana, kau buat jadi bahan tawa. Itu kan isteri kita. Ibu kepada anak-anak kita.

Baik buruk, kurus gemuk, hodoh elok, itu amanah dari Tuhan yang patut kita jaga. Jangan lah jadi bahan tawa.

Dah kalau tak lawa, buat lah sesuatu kat isteri, biar sedap mata kita melihat.

Dah kalau tak kurus, buat lah sesuatu kat isteri, biar sedap kita mendakap.

Dan yang paling penting, kena ingat. Kita pun bukannya sempurna sangat.

Membahan kawan-kawan tu lain, kau bahan aku, aku bahan kau balik. Lepas tu masing-masing ketawa.

Membahan isteri ni, kang isteri membahan balik, mula lah keluar derhaka, neraka, syurga bawah tapak kaki suami segala.

Entah apa-apa.

Sumber: Andy Sulaiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.