Siakap Keli

Tular Video Lelaki Tergamak Patahkan Sayap & Cabut Bulu Burung, Didakwa Kerana Tidak Keluarkan Bunyi

Kejadian jenayah dan kezaliman terhadap haiwan di negara kita masih lagi belum reda hingga hari ini.

Hampir setiap hari, pasti ada sahaja kes yang berlaku kemudian tular di media sosial hingga mengundang kemarahan warganet.

Terbaharu, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) memuat naik satu video yang memaparkan seorang individu mencabut bulu-bulu burung tanpa belas kasihan, dipercayai kerana ia tidak mengeluarkan bunyi.

Lagi kes burung dizalimi. Akibat tidak keluarkan bunyi. Sayap diputuskan tanpa belas kasihan.

Setiap hari Animal Malaysia terima banyak kes jenayah kezaliman haiwan yang tidak didedah dan dilaporkan.

Menurut percakapan dalam video, loghat (didakwa) adalah bahagian Selatan Perak.

Namun mana-mana pihak punya maklumat tentang pelaku kezaliman burung ini cepat salur maklumat ke www.wasap.my/+601120901097

PERANGI JENAYAH HAIWAN!

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.