Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Terpukul Bola Ke Arah Penjaga Garisan, Djokovic Disingkirkan Dari Kejohanan

Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic dilaporkan telah disingkirkan dari Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) kerana telah memukul bola tenis sehingga terkena leher seorang wanita yang merupakan penjaga barisan.

Menurut laporan Daily Mail, Djokovic berlalu pergi selepas menegaskan bahawa wanita tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius namun dia kemudiannya meminta maaf dan berkata pukulannya itu tidak disengajakan.

Gambar Via Daily Mail

Penjaga barisan yang berasal dari Owensboro, Kentucky itu sememangnya tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Pengadil, Soeren Friemel telah dipanggil ke dalam Stadium Arthur Ashe. Setelah melakukan perbincangan, dia memaklumkan bahawa penyertaan Djokovic terpaksa dibatalkan kerana sudah tiada pilihan lain.

Gambar Via Daily Mail

Setelah itu, Djokovic dilaporkan terus meninggalkan stadium tanpa menghadiri sidang media wajib untuk menjelaskan mengenai kejadian itu.

Tidak lama selepas itu, Djokovic membuat kenyataan di laman Instagram miliknya dan memohon maaf kerana telah menyebabkan wanita itu tertekan.

Gambar Via Daily Mail

“Saya meminta maaf kepada Kejohanan Terbuka AS dan semua yang terkesan dengan tingkah laku saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada pasukan dan keluarga kerana menjadi penyokong terkuat saya dan kepada peminat-peminat yang sentiasa berada bersama saya. Terima kasih dan minta maaf,” katanya.

Boleh dikatakan bahawa ini merupakan penyingkiran yang paling dramatik sejak pengadil dari Britain, Gerry Armstrong yang kini menjadi pengadil Wimbledon telah membatalkan penyertaan John McEnroe .

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa