Siakap Keli

Empat Sebab Kenapa Korang Patut Beli ‘Compact SUV’ Ini, ‘Confirm Boleh Buat Isteri Tersenyum

Nak bagi isteri tersenyum sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan. Salah satu daripadanya ialah memberikan keselesaan kepada diri bukan sahaja di rumah tetapi juga diluar.

Keselesaan dan memudahkan isteri dalam sesebuah kenderaan juga boleh dijadikan sebagai contoh. Apa tidaknya, wanita yang anda paling sayang itu sudah pasti tersenyum sekiranya anda membawanya menaiki sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan ‘perabot’ yang selesa. Oleh yang demikian, para suami perlu memiliki kenderaan yang dilengkapi dengan ruangan dalaman yang selesa dan pelbagai lagi ciri-ciri yang boleh buatkan isteri anda tersenyum.

Jika mahukan kenderaan yang mempunyai ruangan dalaman yang ekslusif dan pelbagai lagi ciri-ciri istimewa, sebuah kenderaan Compact SUV yang dilancarkan pada bulan Jun iaitu Honda HR-V RS adalah jawapannya.

Reka Bentuk luaran yang sporty

Jika dipandang kepada model ini, boleh dikatakan akan ada yang jatuh cinta pandang pertama. Apa tidaknya, dengan rekaan yang tampak agresif dan sporty akan membuatkan pemandangan seseorang terpukau.

Didatangkan dengan tiga jenis Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan White Orchid Pearl, Honda HR-V RS sudah pasti akan menjadi perhatian di jalan raya. Ketiga-tiga warna yang diketengahkan oleh Honda dalam model kali ini sudah pasti membuatkan anda pening kepala untuk menentukan warna yang bakal dimiliki. Apa tidaknya, ketiga-tiganya memukau pandangan dengan ciri-ciri sporty yang tertanam pada tubuhnya. Bukan itu sahaja, warna yang memukau itu juga dapat menarik minat isteri yang gemarkan warna-warna unik seperti itu.

 Ciri keselamatan dan keselesaan yang pelbagai

Selain ketua keluarga yang bergelar suami yang sentiasa ingin memastikan keluarganya selamat, begitu juga buat para isteri yang bimbang akan keselamatan suami dan anak-anaknya. Seperti ketika berada di atas jalan raya, pelbagai risiko kemalangan boleh terdedah kepada keluarganya dan membuatkan hati seorang isteri ataupun ibu bertambah risau.

Sering kita dengar terdapat wanita yang sentiasa menantikan kepulangan suaminya daripada sesuatu tempat seperti tempat kerja. Selagi suaminya tidak sampai ke rumah, selagi itulah timbul kebimbangan dalam hatinya. Tambahan lagi sekiranya suaminya lambat sampai di rumah dan pelbagai perkara yang difikirkan oleh seorang isteri terhadap suaminya.

Namun begitu, sekiranya kenderaan yang dinaiki mempunyai sistem keselamatan yang baik, sudah pastinya kerisauan seorang isteri terhadap suaminya yang berulang-alik dari rumah ke pejabat dapat dikurangkan. Sememangnya kemalangan jalan raya sangat dielakkan oleh semua orang, namun ciri keselamatan yang diterapkan dalam sesebuah kenderaan sangat penting sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Seperti yang terdapat dalam model ini, pelbagai ciri keselamatan yang boleh didapati termasuklah sistem airbags yang disempurnakan di dalam HR-V.

Antara ciri keselamatan yang boleh didapati bagi kenderaan ini adalah seperti  Six Airbags, Emergency Stop Signal (ESS), Automatic Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist(HSA) dan Rear Seat ISOFIX.

Dengan pelbagai ciri keselamatan yang terdapat pada Honda HR-V RS ini, pastinya isteri dapat tersenyum lega dan kurang merisaukan suaminya ketika berada di atas jalan raya.

Pernah isteri anda merungut ketika hendak pulang ke kampung ataupun pergi bercuti, dirinya tidak dapat membawa pakaian dan barangan dengan banyak kerana ruang di dalam kereta agak sempit ? Tak cukup dengan satu bagasi, pelbagai barangan yang ingin dibawanya pulang ke kampung atau pergi bercuti. Tapi, jangan salahkan dirinya kerana dia tahu yang terbaik buat suami dan keluarganya.

Namun begitu, perkara ini tidak perlu digusarkan lagi untuk para suami memuaskan hati seorang isteri. Ini kerana Honda HR-V RS turut mengetengahkan Ruang Kargo Multi-Utility yang popular dan praktikal. Ini kerana kenderaan Compat SUV tersebut mempunyai ruang kabin dan bagasi yang sangat baik untuk pelbagai kegunaan. Keluasan ruang tersebut juga boleh memuatkan beberapa bagasi dan juga barangan isteri anda. Tiada lagi masalah perlu meletakkan bagasi di ruangan duduk belakang yang kadang-kadang perlu dihimpitkan dengan anak-anak.

Mungkin inilah salah satu yang digemari oleh isteri anda. Apa tidaknya, dengan ruangan kargo yang besar itu juga boleh memuatkan barangan shopping. Kalau barangan dapur yang bersaiz kecil memanglah boleh muat, tapi bagaimana kalau hendak membeli barangan elektrik seperti kipas, televisyen, dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung juga, anda boleh menjimatkan kos penghantaran dan boleh membawa pulangan barangan bersaiz besar dengan memuatkan ke dalam ruangan kargo yang luas pada Honda HR-V RS.

Kini, tiada lagi rungutan tidak dapat membawa barangan yang banyak untuk pulang ke kampung atau bercuti, sudah pastinya isteri anda dapat tersenyum dan bertambah sayang kepada anda.

 

Pemanduan yang lancar

Pemanduan anda juga sangat penting buat para isteri yang kerap kali tertidur dalam perjalanan. Mungkin dia boleh merungut kalau kereta yang dipandu tidak lancar dan membuatkannya rasa tidak selesa. Bukannya terlalu memanjakan, namun kebanyakan suami ingin memberi keselesaan dan tidak mahu menyusahkan isteri mereka menemani mereka ketika memandu.

Kalau dah begitu, boleh lah pastikan tidur mereka nyenyak walaupun kereta yang dipandu anda sedang melalui kawasan yang bengkang-bengkuk. Dengan memandu Honda HR-V RS, setiap selekoh yang diambil sudah pasti berasa lancar dan tidak menyebabkan kereta bergoyang ataupun senget hingga boleh menyebabkan isteri anda terjaga dari lena.

Selain daripada aspek reka bentuk dan warna memukau yang ditawarkan pada model ini, aspek pemanduan juga turut dititik beratkan oleh Honda Malaysia. Antaranya ialah Variable Gear Ratio (VGR) yang memberi pengalaman pengendalian yang lebih selesa ketika membelok.

Kalau dah handling dan pergerakan kereta lancar, pastinya pemandu dan penumpang berasa selasa. Tahu-tahu sudah sampai ke destinasi yang hendak dituju. Sudah pasti isteri anda tersenyum dan cukup rehatnya ketika berada di dalam kereta.

Bukan itu sahaja, dengan kuasa enjin yang lebih baik, pemanduan seseorang akan menjadi lancar apabila wujudnya  keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan bakar.

HR-V RS dikuasakan oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digabungkan dengan Earth Dreams Technology Continuous Variable Transmission (CVT) Honda untuk memberikan keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan bakar. Ia juga dilengkapi dengan ciri menarik – Variable Gear Ratio (VGR) untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan responsif. 

Rekaan dalaman baharu yang lebih ekslusif

Paling mencuri tumpuan bagi model keluaran kali ini ialah ruangan dalamannya yang serba ekslusif dan elegan. Apa tidaknya, dengan pengenalan warna baharu yang dilengkapkan di bahagian dalam dapat memberikan suasana selesa bagi pemandu dan penumpang.

Pada awal Jun, Honda Malaysia mengumumkan penambahan warna dalaman baru untuk model tersebut. Warna yang dimaksudkan ialah Dark Brown yang boleh melahirkan suasana elegan di dalam sesebuah kereta.

Warna yang diperkenalkan ini juga dikatakan warna dark brown pertama yang dilancarkan pada barisan kereta-kereta Honda di Malaysia. Jadi, boleh dikatakan sesiapa yang memiliki model ini dengan warna dalaman dark brown pasti memukau pandangan orang lain.

Golongan wanita amat gemar dengan pembaharuan yang dilakukan terutamanya sesuatu yang kerap digunakan. Seperti kereta, warna baru yang diterapkan dalam Compact SUV ini sudah pasti dapat menceriakan hatinya. Warna yang elegan juga boleh mencairkan hati dan jangan tertanya kenapa dia selfie setiap kali memasuki Honda HR-V RS ini. Warna yang boleh dikatakan lembut dan sesuai dengan wanita boleh membuatkan dirinya tersenyum setiap kali menaikinya. Jangan pelik pula kalau isteri anda mengajak anda keluar setiap hari kerana dia berasa begitu selesa berada dalam bakal kereta baru anda ini.

Warna dalaman baru ini dipasang pada konsol tengah, panel depan, tempat duduk pemandu dan penumpang serta lapisan panel pintu. Warna yang memukau ini sudah pasti menampakkan bahagian dalaman kereta tersebut lebih menarik dan memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

Pun begitu, pelanggan juga masih boleh memilih di antara warna terbaru ini atau warna hitam mengikut gaya hidup dan personaliti masing-masing. Selain itu, kualiti kulit yang digunakan terhadap kerusi dalam ‘jentera’ ini juga dapat memaksimakan kepuasan pemandu dan penumpang anda. Jangan pula salahkan isteri anda jikalau kerap kali tidur dalam kenderaan dek kerana kerusi yang begitu empuk dan lembut serta warna yang begitu elegan.

Sudah tidak perlu buntu, jawapan sudah diberi

Jadi, apa tunggu lagi ? Warna baru yang ditawarkan oleh Honda Malaysia ini sememangnya sangat memukau pandangan. Dengan pelbagai ciri keselamatan yang dikekalkan, adalah sangat berbaloi untuk memiliki model ini terutamanya untuk jangka masa yang panjang.

Bagi yang sudah berkahwin, pengenalan warna dalaman dengan kualiti kulit yang baik ini sudah pasti dapat membuatkan isteri tersenyum menikmati pemanduan anda yang lancar. Jadi, jangan salahkan dia sekiranya dia tidur sepanjang perjalanan kerana terlalu selesa.

Tak habis setakat itu sahaja, anda juga boleh perkenalkan ‘jentera’ hebat ini kepada isteri anda melalui servis terbaru doorstep test drive. Jangan pelik jika isteri anda mengalami ‘cinta pandang pertama’ terhadap kenderaan ini. Dengan servis terbaru ini, kenderaan dengan ruang dalaman berwarna perang gelap akan tiba di hadapan rumah anda dan bersedia untuk diuji oleh anda.

Model HR-V RS yang dilengkapi dengan bahagian dalaman kulit perang gelap baru ini bermula pada tanda harga RM118,581,81 iaitu sama dengan varian RS semasa.

Terdapat 101 peniaga sah Honda Malaysia yang boleh anda kunjungi bagi melihat sendiri model ‘Compact SUV’ yang dilengkapi dengan warna dalaman terbaru ini. Anda juga boleh melayari www.honda.com.my bagi mendapatkan lebih banyak maklumat terutamanya bagi model jenis ini.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa