Siakap Keli
Gambar Hiasan via BBC

“Dia Alami Trauma Yang Teruk,” Lelaki Didakwa Rogol Warga Emas Berusia 86 Tahun

Polis di Delhi, India telah menahan seorang lelaki berusia 30 tahun kerana didakwa telah menyerang dan merogol seorang nenek berusia 86 tahun, lapor BBC.

Memetik laporan BBC, kejadian yang dipercayai berlaku pada Isnin lalu memperlihatkan wanita itu sedang berada di luar rumahnya untuk menunggu penghantar susu sebelum diserang oleh suspek.

Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal, mengatakan bahawa suspek telah memberitahu mangsa bahawa lelaki penghantar susu tidak dapat datang dan menawarkan untuk membawa mangsa ke tempat di mana dia boleh mendapatkan susu.

Mangsa mempercayai suspek dan terus mengikutinya sehingga dia dibawa ke kebun berhampiran dan dirogol di situ.

“Dia berterusan merayu dan menangis agar suspek melepaskannya. Dia memberitahu suspek bahawa dia bagaikan seperti neneknya sendiri.

“Namun, rayuannya tidak diendahkan dan suspek telah menyerangnya tanpa belas kasihan ketika dia berusaha melawan dan melindungi dirinya sendiri,” kata Maliwal.

Mangsa telah diselamatkan oleh penduduk tempatan yang lalu di kebun itu setelah mendengar tangisannya. Mereka telah menyerahkan suspek kepada pihak polis, lapor BBC.

Maliwal yang melawat mangsa di rumahnya pada Selasa lalu menggambarkan pertemuan itu sebagai menyayat hati.

“Keseluruhan tangannya berkedut. Anda akan terkejut setelah mendengar apa yang telah dilalui olehnya. Terdapat kesan lebam pada wajah dan seluruh badannya.

“Dia memberitahu saya bahawa dia mengalami pendarahan pada bahagian faraj. Dia mengalami trauma yang teruk,” katanya.

Maliwal menuntut agar hukuman mati dikenakan terhadap suspek yang digambarkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa