Siakap Keli

“Terima Kasih Tentera Bawang & Jabatan Netizen Negara,” Luqman Hakim Kekal Mendahului Undian Anugerah Golden Boy 2020

Pemian muda harapan negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika ini kekal mendahului carta undian Anugerah Golden Boy 2020 anjuran media Itali Tuttosport.

Tahniah buat tentera bawang dan Jabatan Netizen Negara yang berganding bahu memastikan pemain KV Kortrijk ini kekal mendahului carta undian. Luqman sehingga kini mendapat 4,688 undian.

Luqman berpeluang cerah disenaraikan dalam senarai 20 pemain terakhir yang akan dimumkan 15 Oktober ini. Luqman jauh meninggalkan pesaing terdekatnya pemain Sporting Lisbon Eduardo Quaresma yang mendapat 3,164 undian setakat ini.

Anugerah Golden Boy 2020 ini bukanlah anugerah murahan kerana antara bintang bolasepak dunia yang pernah memenangi anugerah ini adalah Wayne Rooney, Lionel Messi, Kylian Mbappe, Paul Pogba dan pemain terakhir memenangi anugerah ini adalah Joao Felix.

Kapsyen Bernama: Terima kasih kepada Tentera Bawang dan Jabatan Netizen Negara, undian melalui dalam talian kini memihak kepada penyerang KV Kortrijk itu yang menerima 4626 undian.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)